Assalamualaikum... Sekarang jam 2.50 pagi. Kawan-kawan aku semua sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan akhir mereka sebagai seorang pelajar, iaitu tesis. Dah hampir seminggu mereka tak tidur pagi semata-mata nak siapkan tugasan akhir itu. Aku? Aku terpaksa menyambung satu lagi semester untuk menghabiskan pengajian degree aku di sini. Aku tak tahu sama ada perkataan "terpaksa" itu sesuai digunakan sebab rasanya aku sendiri yang menyebabkan aku terpaksa menambah satu lagi semester untuk menamatkan segalanya. Aku bukan sengaja. Ya, aku tak sengaja. Semester ini aku lebih menghabiskan masa aku dengan mencari kerja, duit tambah. Memang berat untuk melihat kengkawan aku menerima ijazah terlebih dahulu sebelum aku. Masuk sama-sama, tetapi grad lain-lain. Maafkan aku kengkawan, tak dapat aku tunaikan janji untuk sama-sama baling topi konvo. Tapi aku yakin, masing-masing dengan takdir masing-masing. Aku dah set impian aku sendiri. Dan aku mengharapkan restu daripada kedua ibubapa aku.
Aku tahu kawan-kawan ramai yang menegur, ada yang marah, sebab sifat malas aku. Percayalah wahai kawan, aku pun tak mahu jadi begini. Tapi aku terpaksa sebab, aku perlukan duit dan aku memilih sem ini untuk berkerja. Aku tahu percaturan aku salah. Tapi aku yakin aku belum terlambat. Kita sama-sama doakan kejayaan masing-masing.
(malam ni aku agak dibuai emosi)
Rasanya aku dah mula buat tesis aku slow-slow. Tak nak sem depan aku tanggung beban yang berat. Sikit-sikit- lama jadi bukit.
Korea?? ya, aku masih dengan impian itu. Aku akan ke sana. Dan aku berharap sangat 2014 menjanjikan aku sesuatu, di Korea. Sebenarnya, bukan Korea sahaja, aku akan merantau ke tempat lain. Mungkin Korea yang terdekat. India mungkin lokasi yang seterusnya. Hingga ke saat ini, aku masih dengan keputusan ini. Belum ada apa-apa petunjuk yang boleh mengubah pendirian dan pilihan yang aku buat sekarang ini. Alhamdulillah, dah boleh sikit-sikit bahasa Korea. Aku akan ambil kelas bahasa Korea, supaya lebih mantap bahasa Korea aku. Seboleh-bolehnya, biarlah aku boleh bertutur bahasa selain bahasa Melayu.
huarghhhhh.... (MENGANTUK).
Doa-doakanlah aku... InsyaAllah.
SALAM.