Salam. 2.10 pagi dan aku berada di dalam dunia aku, dunia editing. Dalam bilik berbentuk 4 segi, menghadap skrin komputer sambil jari jemari bebas bergerak menaip dan kekadang menggerakkan tetikus dan menekan dua butang kecil, yang kononnya seperti mata tikus itu sendiri. Bosan menyunting sebuah program tv, aku singgah sebentar di ruang blog untuk aku melaporkan apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kebanyakannya adalah mengenai diri aku. Memang aku suka menulis, sebab tu dapat A1 dalam SPM untuk subjek Bahasa Melayu. Haruslah kan. Orang Melayu, gagal skor untuk Bahasa Melayu, apa kejadahnya. Tapi biarlah, masing-masing dengan perlakuan dan takdirnya yang tersendiri. Takdir aku, membawa aku ke sini. Siapa tahu, ketentuan Illahi. Kita merancang, Dia yang membuat keputusan, dan kita hanya redha, kerana sebagai umat Islam, aku yakin dengan apa yang ditentukanNya. Baik dari Allah, buruk adalah kerana perlakuan aku sendiri.
Ya, aku ingin ke Korea. Kenapa? hahaha.. bacalah entri aku yang pertama (letih nak menulis balik). Seolah-olah sesuatu sedang menunggu aku di sana. Yang pasti, aku ingin ke sana. Aku pelu merantau, dan kedua orang tuaku harus melepaskan aku untuk merantau mencari kejayaan.
Aku tonton Youtube petang tadi, dan melihat kisah Tiffany, salah seorang dari kumpulan Girls Generation, menceritakan kisahnya sebelum melibatkan diri dengan kumpulan itu.
Ha.. rajah di atas menunjukkan gambar seorang awek yang bernama TIFFANY. hehe.... Daripada kisah yang aku tonton, minah ni dia bukanlah berasal dari Korea. Dilahirkan di USA dan membesar di sana. Selepas kematian ibunya, barulah dia berhijrah ke Korea, BERSENDIRIAN dan dia dengan bahasa Koreanya yang tersangatlah teruk. Memang perit sebelum dia menyertai kumpulan Girls Generation. Susah payahnya membuatkan aku sangat tertarik dengan minah ni. Dia sangat humble (peramah) dan sangat lurus, sensitif dan paling penting, COMEL. Suka sangat dengan senyumannya.
Kisahnya menambat hati dan membuatkan aku juga ingin berhijrah dan mencari ilmu dan rezeki di tempat orang. Dan aku pelik, kenapa KOREA?? hahaha.. maybe jodoh aku dengan Tiffany di sana. ahaks!!
Apa-apa pun kita tengoklah ke mana takdir membawa aku. paling penting, itu aku jadikan sebagai sasaran dan azam aku untuk berjaya. Usaha dan doa dari kengkawan dan juga keluarga amat penting. InsyaAllah.
Salam....