Tuesday, August 7, 2012

#5

Salam...
Baru pulang daripada menonton wayang bersama teman. The Bourne Legacy. Aku tak pernah follow pun filem ni, tapi dah dapat tiket free, tengok saja..

Makin hari makin aku rasa beban dan halangan yang ada untuk aku berjaya. Ya, aku kena habiskan satu lagi semester. Baru aku boleh mulakan langkah yang seterusnya. Macam main game, lagi aku x kalahkan boss stage ni, selagi tu lah aku x boleh ke stage yang seterusnya. Haishhh.. 

Aku dah tekad, tidak mahu bercinta sehingga aku belum bersedia. Dia? hmm... mungkin aku terpaksa minta dia lupakan aku.. Aku x mau berlaku kejam, tapi pada masa yang sama, aku nak dia bahagia. Aku takut hidup dia susah kerana aku. Alasan lain untuk bercinta adalah kerana aku bernekad untuk mengejar cita-cita aku, minat aku yang selama ini aku pendam. Ya, aku suka menari, menanyi dan juga berlakon. Tidak lupa juga mengarah. Aku nekad aku mula berusaha ke arah itu. Dan impian aku untuk ke Korea pada 2014 tak akan sama sekali aku lupakan. Aku cuma letakkan sebagai satu azam. Hanya tuhan yang akan menentukan sama ada aku diizinkan ke sana atau tidak. Namun aku berharap Tuhan izinkan aku untuk mencapai impian aku untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah. Kerana itu adalah impian aku yang pertama ketika aku mula melangkah masuk ke dalam fakulti ini.

InsyaAllah, aku akan meminta restu daripada kedua ibu bapa aku untuk mengizinkan aku mencapai impian aku ini. Aku yakin dengan impian aku ini. 

Selepas berjaya dengan apa yang aku impikan, barulah aku akan memikirkan tentang perkahwinan aku.


Wednesday, June 6, 2012

#4

Assalamualaikum... Sekarang jam 2.50 pagi. Kawan-kawan aku semua sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan akhir mereka sebagai seorang pelajar, iaitu tesis. Dah hampir seminggu mereka tak tidur pagi semata-mata nak siapkan tugasan akhir itu. Aku? Aku terpaksa menyambung satu lagi semester untuk menghabiskan pengajian degree aku di sini. Aku tak tahu sama ada perkataan "terpaksa" itu sesuai digunakan sebab rasanya aku sendiri yang menyebabkan aku terpaksa menambah satu lagi semester untuk menamatkan segalanya. Aku bukan sengaja. Ya, aku tak sengaja. Semester ini aku lebih menghabiskan masa aku dengan mencari kerja, duit tambah. Memang berat untuk melihat kengkawan aku menerima ijazah terlebih dahulu sebelum aku. Masuk sama-sama, tetapi grad lain-lain. Maafkan aku kengkawan, tak dapat aku tunaikan janji untuk sama-sama baling topi konvo. Tapi aku yakin, masing-masing dengan takdir masing-masing. Aku dah set impian aku sendiri. Dan aku mengharapkan restu daripada kedua ibubapa aku.

Aku tahu kawan-kawan ramai yang menegur, ada yang marah, sebab sifat malas aku. Percayalah wahai kawan, aku pun tak mahu jadi begini. Tapi aku terpaksa sebab, aku perlukan duit dan aku memilih sem ini untuk berkerja. Aku tahu percaturan aku salah. Tapi aku yakin aku belum terlambat. Kita sama-sama doakan kejayaan masing-masing.

(malam ni aku agak dibuai emosi)

Rasanya aku dah mula buat tesis aku slow-slow. Tak nak sem depan aku tanggung beban yang berat. Sikit-sikit- lama jadi bukit. 

Korea?? ya, aku masih dengan impian itu. Aku akan ke sana. Dan aku berharap sangat 2014 menjanjikan aku sesuatu, di Korea. Sebenarnya, bukan Korea sahaja, aku akan merantau ke tempat lain. Mungkin Korea yang terdekat. India mungkin lokasi yang seterusnya. Hingga ke saat ini, aku masih dengan keputusan ini. Belum ada apa-apa petunjuk yang boleh mengubah pendirian dan pilihan yang aku buat sekarang ini. Alhamdulillah, dah boleh sikit-sikit bahasa Korea. Aku akan ambil kelas bahasa Korea, supaya lebih mantap bahasa Korea aku. Seboleh-bolehnya, biarlah aku boleh bertutur bahasa selain bahasa Melayu. 

huarghhhhh.... (MENGANTUK).

Doa-doakanlah aku... InsyaAllah.

SALAM.

Wednesday, April 25, 2012

#3

Kehidupan mesti diteruskan. Tak kira apa jua yang berlaku. Dah menjadi lumrah alam. Kehendak Tuhan, siapa yang mampu halang. Yang pasti, ada hikmah disebalik ketentuanNya. Kita hanya perlu redha dan mencari jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah. Tuhan juga bersabda iaitu (aku ringkaskan) Dia tak akan membebankan hambanya melainkan Dia tahu kemampuan kita untuk menanggungnya. So, setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Aku sekarang dah mula belajar bahasa Korea haha... Nak ke Korea katanya. Tinggi impian tu, tapi apa-apa pun aku mesti selesaikan dahulu semester terakhir aku ni. Tak mahu la sangkut sampai ke semester tambahan. Aku dah boring study secara formal ni. Aku nak study melalui pengalaman pula. Nak kerja, merantau, mencari peluang, cari duit dan bantu keluarga. Aku nak abah dan mama aku rilek disaat masa emas mereka nanti. sekarang mereka bekerja kuat untuk aku dan adik-adik. Aku berjanji, bahawa lepas ni aku akan ringankan beban mereka. Bukan ringankan, hilangkan terus beban. Aku nak bawa mereka holiday. Mungkin ke Korea. hehehe.... 

Annyong Haseyo... :)

Wednesday, April 11, 2012

#2

Salam. 2.10 pagi dan aku berada di dalam dunia aku, dunia editing. Dalam bilik berbentuk 4 segi, menghadap skrin komputer sambil jari jemari bebas bergerak menaip dan kekadang menggerakkan tetikus dan menekan dua butang kecil, yang kononnya seperti mata tikus itu sendiri. Bosan menyunting sebuah program tv, aku singgah sebentar di ruang blog untuk aku melaporkan apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kebanyakannya adalah mengenai diri aku. Memang aku suka menulis, sebab tu dapat A1 dalam SPM untuk subjek Bahasa Melayu. Haruslah kan. Orang Melayu, gagal skor untuk Bahasa Melayu, apa kejadahnya. Tapi biarlah, masing-masing dengan perlakuan dan takdirnya yang tersendiri. Takdir aku, membawa aku ke sini. Siapa tahu, ketentuan Illahi. Kita merancang, Dia yang membuat keputusan, dan kita hanya redha, kerana sebagai umat Islam, aku yakin dengan apa yang ditentukanNya. Baik dari Allah, buruk adalah kerana perlakuan aku sendiri.

Ya, aku ingin ke Korea. Kenapa? hahaha.. bacalah entri aku yang pertama (letih nak menulis balik). Seolah-olah sesuatu sedang menunggu aku di sana. Yang pasti, aku ingin ke sana. Aku pelu merantau, dan kedua orang tuaku harus melepaskan aku untuk merantau mencari kejayaan. 

Aku tonton Youtube petang tadi, dan melihat kisah Tiffany, salah seorang dari kumpulan Girls Generation, menceritakan kisahnya sebelum melibatkan diri dengan kumpulan itu.


Ha.. rajah di atas menunjukkan gambar seorang awek yang bernama TIFFANY. hehe.... Daripada kisah yang aku tonton, minah ni dia bukanlah berasal dari Korea. Dilahirkan di USA dan membesar di sana. Selepas kematian ibunya, barulah dia berhijrah ke Korea, BERSENDIRIAN dan dia dengan bahasa Koreanya yang tersangatlah teruk. Memang perit sebelum dia menyertai kumpulan Girls Generation. Susah payahnya membuatkan aku sangat tertarik dengan minah ni. Dia sangat humble (peramah) dan sangat lurus, sensitif dan paling penting, COMEL. Suka sangat dengan senyumannya. 

Kisahnya menambat hati dan membuatkan aku juga ingin berhijrah dan mencari ilmu dan rezeki di tempat orang. Dan aku pelik, kenapa KOREA?? hahaha.. maybe jodoh aku dengan Tiffany di sana. ahaks!! 

Apa-apa pun kita tengoklah ke mana takdir membawa aku. paling penting, itu aku jadikan sebagai sasaran dan azam aku untuk berjaya. Usaha dan doa dari kengkawan dan juga keluarga amat penting. InsyaAllah.

Salam....

Monday, April 9, 2012

#1

Menghadap hari-hari terakhir aku sebagai seorang mahasiswa di UiTM kerana dalam 3 atau 4 bulan sahaja lagi, aku menamatkan pengajian aku sebagai seorang graduan UiTM Sarjana Muda Teknologi Skrin. Aku sudah mula tertanya-tanya, apa yang akan aku sumbangkan kepada negara dengan segulung ijazah ini. Ke mana ia akan membawa aku, apakah takdir aku seterusnya. Tuhan mengarah cerita aku dengan baik. Ada baiknya aku biarkan sahaja dengan pengarahanNya. Aku hanya merancang setiap perjalanan aku, hanya Dia yang mengetahui apa pengakhirannya. Apa pula balasan aku terhadap keluarga? Banyak pilihan yang aku harus buat. Sama ada ingin mengikut kehendak ibubapa atau mengikut kehendak sendiri.

Aku ada perancangan sendiri. Ya.... AKU INGIN KE KOREA!! Ada kisah yang lucu mengenai isu KOREA ini. Kalau aku cerita kat orang, mungkin ketawa adalah responnya. Sebab itu aku hanya berkata, impian aku ada ke KOREA. Sebabnya, rahsia.

Mulanya aku langsung tak kenal siapakah kumpulan K-Pop ini (Girl Generations) atau dipanggil SNSD atau dalam Bahasa Korea mereka dipanggil  Shoshi. Aku mula diperkenalkan oleh adik aku (Ammar) apabila aku melihat koleksi videoklip kumpulan ini dalam komputernya. Videoklip yang pertama adalah bertajuk Oh!. Secara tidak sedar aku mula terpikat dengan lagu itu, bukan kumpulannya lagi.

Lambat laun kemudian, jari jemari aku rajin sahaja menggerakan tetikus untuk search pasal kumpulan ini. Bertemu pula aku dengan lagu kedua mereka iaitu Gee. Secara tidak langsung aku mula menunjukkan minat terhadap kumpulan ini.

Lama aku tinggalkan kumpulan ini, sebab kalut dengan study, aku kembali mencari mereka di saat-saat aku sedang menghabiskan semester terakhir aku di UiTM. AKHIRNYA!!.... aku mula mengenali seorang demi seorang daripada kumpulan ini. Aku bermula dengan ketua mereka (X bajet pun dia ni ketua) Kim Taeyon. Sangat comel. Aku jatuh hati. Kemudian, 2 ahli yang berikutnya, membuatkan hati aku betul-betul cair dan membuatkan aku memasang impian untuk ke Korea, dengan harapan aku untuk menulis satu skrip filem yang membawa tema percintaan dua negara, DAN PELAKONNYA AKU INGINKAN ANTARA DUA ORANG AHLI INI.

Dua orang yang aku maksudkan ialah Lee Soonkyu (Sunny) dan juga Tiffany. Mereka sangat comel, dan Tiffany, ahhh.... Kalaulah aku dapat memperisterikan dia. Bawa dia ke agama aku. Tidak aku halang penglibatannya di dalam arena persembahan, kerana aku juga di dalam bidang itu. Cuma mungkin aku akan beli lebih banyak kain untuk dia tampal pada bahagian bajunya yang koyak itu.

Aku akan kumpul duit dan aku akan ke Korea. Tiket AirAsia cuma dalam RM400 saja. Murah. Cuma untuk duit belanja dan paling penting, misi untuk mencari kumpulan ini dan bergambar dengan mereka. AKU BELUM SAMPAI TAHAP FANATIK LAGI!!

Katanya Sunny dan Tiffany dan ada boipren? arghh!! persetankan semua itu.. hahahaha....

Salam.